PETALING JAYA – Perhimpunan permotoran terkenal, RXZ Member yang memasuki edisi ke tujuh hujung minggu ini bakal disambut meriah seperti edisi-edisi sebelumnya.
Menerusi satu klip video yang tular di media sosial ketika ini, rata-rata pemilik atau peserta sudah mula bergerak ke Gong Badak, Kuala Terengganu, bermula hari ini.
Perhimpunan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada esok sehingga Sabtu ini merupakan perhimpunan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Yamaha RXZ seluruh negara.
Namun menarik kali ini, kebanyakkan motosikal jenama kayangan itu dilihat hanya berada di atas ‘4×4’ berbanding yang ditunggang oleh pemilik sendiri.
Melalui klip video itu juga, kebanyakkan motosikal tersebut dibalut rapi untuk mengelak daripada rosak akibat gegaran.
Malah dikatakan, setiap wakil kawasan mempunyai tema warna tersendiri sebagai contoh, wakil dari Kelantan akan menggunakan ‘cover set’ dikenali Batman (hitam putih).
Tema tersebut dikatakan bagi memastikan kumpulan-kumpulan yang terlibat dapat diketahui dari mana ‘asal’ mereka. – KOSMO! ONLINE
@zifahallamki Rxz Member 7.0🏁 Pasti sampai💨 #rxz_members_official #rxzstilltheboss #foryoupage #fyp #sindiketliar #rxzfighter #nopaipnoparty🏁 #yangkentalpastisampai ♬ original sound – Djremix Style ×᷼᷼×