fbpx
Tangkap layar menyaksikan beratus-ratus van tiba di Masjid Kersik, Pattani semalam.

[VIDEO] ‘Justice for Zara Qairina’ kini di 4 wilayah Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kisah yang berlaku kepada seorang pelajar di Sabah, Allahyarham Zara Qairina yang menggegarkan negara ketika ini kini turut mendapat perhatian di negara jiran, Thailand.

Menerusi satu video yang ditularkan melalui akaun Facebook pempengaruh media sosial dari Yala, Rohana Yana menyaksikan, beratus-ratus buah van dari empat wilayah di Thailand telah berkumpul di Masjid Kersik, Pattani.

Difahamkan perhimpunan di Masjid tersebut berlaku semalam untuk melakukan solat hajat bagi meminta keadilan kepada kes yang sebenarnya dialami oleh Allahyarham Zara Qairina.

“Alhamdulillah, empat wilayah bersatu demi Islam. Sama-sama kita doa kepada keadilan adik Zara Qairina.

“Tujuan berkumpul adalah untuk mohon pada Allah SWT untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar. Alhamdullillah semua lancar dan selamat,” kata Rohana Yana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI