fbpx
Mohd Na’im di Dewan Rakyat hari ini. - FOTO Jabatan Penerangan

Video cemar imej TH dikemukakan kepada MCMC, polis – Mohd Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laporan serta aduan berhubung beberapa kandungan video di media sosial yang didakwa cuba mencemarkan imej Lembaga Tabung Haji (TH) telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau maklum terdapat beberapa video berlegar di media sosial yang mengajak umat Islam di negara ini untuk keluar daripada menyimpan wang di TH.

“Hasutan ini tidak memberi manfaat atau kebaikan kepada usaha kita dalam mempertahankan TH, maka kerajaan sedang teliti dan tindakan juga telah diambil, contoh aduan ataupun laporan telah dikemukakan kepada MCMC.

“Laporan polis juga telah dibuat ke atas beberapa video yang kita dapati menjurus ke arah hasutan tersebut dan perkara ini kita serah kepada pihak berwajib untuk melaksanakan atau menjalankan siasatan secara adil,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai usaha kerajaan mengekang cubaan pembinaan naratif serta dakwaan jahat terhadap TH di pelbagai platform media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI