fbpx
KEADAAN kemalangan yang meragut nyawa Putri Alya Maisara di hadapan Masjid Pekan Sri Medan, Batu Pahat, semalam.

[VIDEO] Anak harapan keluarga maut terperosok bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Luluh hati seorang bapa apabila melihat sekujur tubuh anak harapan keluarga dalam keadaan kaku selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan Masjid Pekan Sri Medan, di sini semalam.

Halim Lewo, 56, ketika itu keadaan menggeletar selepas menerima panggilan memaklumkan anak sulung daripada empat beradik, Putri Alya Maisara, 19, kemalangan sekitar pukul 5.30 petang ketika mahu keluar makan di kedai berhampiran.

Lebih menyedihkan, jasad Putri Alya terpelosok bawah sebuah kereta menyebabkan orang ramai yang kebetulan berada di lokasi bersama-sama mengangkat kenderaan itu untuk membawanya keluar.

Menceritakan kejadian itu, Halim berkata, sebelum kejadian arwah anaknya yang juga penuntut tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu, Melaka meminta izin keluar untuk makan.

“Lebih kurang pukul 5.40 petang, ada orang hubungi saya menggunakan telefonnya memaklumkan Putri Alya kemalangan. Saya tanya keadaannya macam mana, individu itu beritahu anak saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya pun bersiap-siap dari rumah dan dalam tempoh 10 minit, saya terima sekali panggilan yang mana mereka memberitahu anak saya sudah tiada. Saya tidak terkata-kata namun tetap menggagahkan diri ke lokasi untuk melihatnya.

“Apabila, saya lihat dia dah tiada, hati saya sebak kerana baru sahaja bersua dengannya sebelum itu. Saya hanya mampu menyebut ‘Allahuakbar, InnInnalillahiwainnailaihirojiun’ bila melihat jasadnya tidak bergerak.

“Arwah anak harapan keluarga, dia sangat baik. Kami reda walaupun terlalu berat untuk melepaskannya,” katanya ketika ditemui di Bilik Wakaf Pengurusan Jenazah Muafakat, di Jalan Parit Jalil, di sini, hari ini.

Menurut Halim lagi, pada ketika ini arwah sedang bercuti semester selama dua bulan dan kebiasaannya jarang keluar rumah sebaliknya banyak menghabiskan masa bersama adik beradiknya.

Katanya, arwah akan menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Pejabat pada Oktober ini untuk tahun kedua.

“Dialah anak harapan keluarga memandangkan adiknya yang lain masih bersekolah, tapi Allah lebih menyayanginya,” katanya dalam keadaan sebak.

Jelasnya lagi, anak bongsu perempuan yang sedang menduduki peperiksaan ketika ini ditangguhkan kerana mahu memberi tatapan terakhir.

Jenazah Putri Alya kemudiannya dibawa menaiki van Muafakat untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Parit Karjan, Sri Medan, sebelum Zohor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI