COLUMBIA, CAROLINA SELATAN – Sekumpulan pencinta haiwan berjaya menangkap seekor ular sawa gergasi sepanjang 3.65 meter berhampiran sebuah sekolah menengah di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post.
Tangkapan itu dibuat berhampiran Sekolah Tinggi Mid-Carolina di bandar Prosperity, Isnin lalu.
Mereka mula mencari ular itu selepas seorang pengguna media sosial menyatakan bahawa ia ditemukan kira-kira 3.21 kilometer dari rumahnya.
“Reptilia itu ditemukan berhampiran lintasan kereta api selepas 15 minit.
“Seperti yang ada boleh lihat daripada luka saya, saya memiliki berat 91 kilogram tetapi ular itu sangat kuat sehingga ia mampu menarik saya ke rumput,” kata salah seorang anggota kumpulan tersebut, Warren Gallman.
Meskipun bergelut, ular itu berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas sebelum dibawa pulang. – AGENSI