fbpx
Antara bas henti-henti yang disita oleh JPJ dalam Ops Harian di sekitar Kuala Lumpur.

Tiga bas henti-henti disita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menyita tiga buah bas henti-henti dalam Ops Harian di sekitar pusat bandar, di sini, Ahad lalu.

Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, tindakan itu diambil selepas kesemua bas itu didapati melakukan pelbagai kesalahan serius.

“Hasil pemeriksaan mendapati lesen kenderaan motor (LKM) pemandu telah tamat tempoh sejak April dan Jun lalu.

“Selain itu, sijil Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tamat tempoh sejak Mei dan Jun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan saman dikeluarkan kepada pemandu warga tempatan dan pemilik kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan berkaitan.

Katanya, JPJ WPKL memandang serius terhadap sebarang bentuk ketidakpatuhan, terutamanya melibatkan kenderaan awam yang membawa penumpang pelancong dan warga kota.

Orang awam digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang melalui saluran rasmi di aplikasi Aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau emel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI