fbpx
Anwar berucap pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Tiada niat masuk campur gencatan senjata di Thailand – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan cadangan untuk menambah pemerhati antarabangsa bagi memantau gencatan senjata di Thailand adalah bukan berniat untuk masuk campur.

Sebaliknya beliau berkata, ia bagi menyokong Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata antara Kemboja dan Thailand.

“Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai minta saya jelaskan kenapa kita perlukan tambah (IOT). Jadi saya jelaskan, contohnya kita ada 10 IOT di Bangkok, tapi kita perlukan dua di Phnom Penh.

“Kami kata kita perlu tambah (jumlah). Ambil dari Atase dan kedutaan. Sekarang kalau kekurangan (IOT), mereka boleh ambil dari kem sendiri untuk sokong program IOT tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar turut berkata, niatnya tidak bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan Phumtham Wechayachai semalam.

“Tidak ada pencanggahan, kalau kita baca kenyataan, kita boleh mula dari kedutaan dahulu. Jadi kita akan lihat,” katanya.

Sebelum ini Phumtham Wechayachai berkata pada Rabu bahawa beliau telah menolak permintaan Anwar untuk menghantar lebih ramai pemerhati antarabangsa bagi memantau gencatan senjata di Thailand.

Phumtham berkata Anwar telah menghubunginya pada Selasa, mencadangkan penempatan tambahan pemerhati antarabangsa dengan alasan bahawa terdapat banyak perkara yang tidak dapat ditangani oleh IOT secara bersendirian.

Phumtham menjelaskan bahawa beliau menolak permintaan itu dengan menyatakan bahawa konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja adalah isu antara kedua-dua pihak sahaja, dan Thailand tidak akan membenarkan campur tangan pihak luar.

Beliau menambah bahawa pemantauan gencatan senjata sepatutnya dijalankan oleh IOT, seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (General Border Committee) baru-baru ini di Malaysia.

Phumtham turut menyatakan bahawa sekiranya IOT ASEAN memerlukan lebih ramai kakitangan bagi operasi pemantauan, mereka mesti menggunakan atase tentera dari kedutaan ASEAN atau kakitangan daripada lapan kedutaan ASEAN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI