fbpx
Norazlina bersama bayi perempuan yang diberi nama Zara Qairina.

Satu wad sebak, nama bayi Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelahiran seorang bayi yang diberi nama Zara Qairina menyentuh hati warga unit kesihatan keluarga sebuah hospital kerajaan.

Menereusi perkongsian jururawat hospital berkenaan, Norazlina di Facebook, bayi berkenaan dinamakan sempena nama pelajar sekolah agama yang meninggal dunia di Sabah bulan lalu.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Misi Konah berkata, semua jururawat di wad berkenaan sebak apabila mengetahui nama yang dipilih oleh ibu bayi perempuan berkenaan.

“Acik Misi Konah terharu semalam, sebab bila tanya mak, siapa nama anak ini. Mak cakap, Zara Qairina, sempena nama pelajar sekolah agama yang meninggal di Sabah bulan lalu.

“Acik Misi Konah punyalah terharu bukan kepalang, sampai dia usung Zara jumpa semua acik-acik misi dalam MCH. Bila diperkenalkan nama Zara sebagai Zara Qairina, semua acik-acik berbaju putih, biru terang, biru gelap itu serta merta menadah tangan,” katanya.

Beliau berkata, perkongsiannya di Facebook mengenai bayi tersebut juga mendapat perhatian pengguna Facebook.

“Acik Misi Konah terharu melihat kesatuan hati rakyat Malaysia. Terima kasih acik-acik semua.

“Terima kasih peduli tentang Zara, mak dan abang, yang mana kami tidak minta pun,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mendoakan kesihatan bayi berkenaan.

“Semoga membesar dengan sihat ya anak, semoga abang dan ibu Zara juga sentiasa kuat serta kamu bertiga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT,” kata Mazfasyareena Mizan.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan Zara dunia akhirat,” kata Azya Radzali.

“Nama itu indah! Zara ialah puteri yang baik atau bunga yang cantik. Qairina, dekat dengan kebaikan,” kata NuriChinta Watie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI