fbpx
Saifuddin Nasution berucap ketika Dialog Belanjawan 2026 bersama Pemegang Taruh di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri, hari ini. - Foto FAIZ ALIF ZUBIR

RUU Pindaan berkaitan warganegara dikuat kuasa pertengahan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan dijangka dikuatkuasakan pada pertengahan tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pindaan itu akan dilaksanakan pada Jun atau Julai selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, pindaan itu membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia mendapat taraf kewarganegaraan secara automatik.

“RUU itu kini di peringkat penelitian di beberapa pihak termasuk Jabatan Pendaftaran Negara. Sekarang kita tengah buat persiapan.

“Pindaan di Parlimen telah selesai, tetapi pelaksanaannya tahun hadapan sebab melibatkan perolehan, perubahan format borang dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Dialog Belanjawan 2026 bersama Pemegang Taruh Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Pada 17 Oktober 2024, Dewan Rakyat melakar sejarah apabila RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI