fbpx
Wan Jamal Abdul Salam (kiri) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Unit Penguat Kuasa JKDM Kota Bharu, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Rumah sewa jadi stor simpanan rokok seludup RM2.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Taktik sindiket yang menjadikan sebuah rumah sewa sebagai stor simpanan sebanyak 14,400 karton rokok bernilai lebih RM2.2 juta termasuk cukai terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyerbu kediaman tersebut di Kampung Bendang Kerian, Tumpat dekat sini kira-kira dua minggu lalu.

Tiada suspek atau ahli sindiket tersebut berada di dalam rumah itu semasa serbuan dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi pada 5 Ogos lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sebelum serbuan dijalankan, Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu membuat intipan selama dua minggu terhadap rumah itu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, anggota bertugas terpaksa memecahkan pintu rumah tersebut yang berkunci sebelum menjumpai rokok seludup berkenaan di kawasan ruang tamu.

“Pemeriksaan mendapati, sebanyak 228 kotak yang berisi 14,400 karton rokok atau 2.8 juta batang rokok seludup ditinggalkan di dalam rumah itu.

“Kesemua rokok seludup itu dianggarkan bernilai RM316,800 dengan jumlah duti atau cukai sebanyak RM1.9 juta,” katanya pada sidang akhbar di Unit Penguat Kuasa JKDM Kota Bharu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI