fbpx
Suspek berpura-pura meminta mangsa keluar dari rumah sebelum dibakar dengan petrol. - NDTV

Pelajar bakar guru kerana dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun di India nekad membakar seorang guru selepas mangsa membuat aduan kepada sekolah akibat diganggu oleh suspek, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku di bandar Narsinghpur, negeri Madhya Pradesh baru-baru ini. 

Suspek dilaporkan pergi ke rumah mangsa sambil membawa minyak petrol dan berpura-pura menyuruhnya keluar untuk memohon maaf. 

Sebaik sahaja mangsa keluar dari rumah, dia disiram dengan petrol sebelum dibakar. 

“Guru itu bagaimanapun terselamat selepas terjun ke dalam longkang sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. 

“Mangsa mengalami kesan lecur sebanyak 25 peratus,” kata Superintendan Polis, Sandeep Bhuria. 

Situasi itu tercetus apabila mangsa membuat aduan kepada pihak sekolah selepas suspek mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadapnya ketika memakai sari semasa sambutan Hari Kemerdekaan India, 15 Ogos lalu. 

Siasatan masih dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI