fbpx
Pasukan peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina tiba di Mahkamah Kota Kinabalu. Foto oleh IVAN AMIRUL

Peguam nafi kutip derma untuk ibu Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pasukan peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan ibu mangsa, Noraidah Lamat membuat sebarang kutipan derma.

Pasukan peguam diwakili Hamid Ismail dan Shahlan Jufri bersama empat yang lain berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung nombor akaun tular di platform media yang seolah-olah membayangkan anak guam mereka sedang mengutip derma bagi dirinya sendiri  untuk membayar yuran guaman.

“Kami menyatakan bahawa anak guam kami tidak ada membuat sebarang kutipan derma ketika ini.

“Nombor-nombor akaun anak guam kami yang disebarkan itu pernah digunakan untuk menerima sumbangan orang ramai kepada anak guam kami beberapa hari selepas kematian Zara,” katanya.

Bagaimapaun menurut barisan peguam itu, sumbangan melalui akaun-akaun itu telah dihentikan tidak lama kemudian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI