fbpx
SELAIN Penjaga Hati, Nadhif turut popular dengan lagu Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya yang menampilkan keistimewaan vokalnya.

Menunggu hadirnya si ‘Penjaga Hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERNAH membuat peminatnya ‘gila bayang’ dek lagu-lagu balada dan vokal enak menerusi lagu-lagu termasuk Penjaga Hati, Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya, penyanyi dan komposer Indonesia, Nadhif Basamalah bakal beraksi dalam konsert Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur pada 11 September ini.

Dijangka sarat emosi, persembahan mega yang dijadualkan berlangsung di The Exchange Hall, Petaling Jaya dikatakan turut dinantikan bakat berusia 25 tahun itu.
Wakil penganjur bersama, After School dan Banyak Bagus Entertainment, Liaw Sun berkata, pemilihan Kuala Lumpur melengkapkan siri jelajah Asia Tenggara penghibur terbabit termasuk di Singapura dan Sabah.

“Tanpa memperkecilkan lokasi lain dalam kembara Menjaga Hati Asia Tour 2025, kami dengan bangga membawa penyanyi yang kini hangat ke Kuala Lumpur.

“Nadhif sendiri mengakui tidak sabar serta sangat teruja untuk bertemu peminat Malaysia pada 11 September nanti,” katanya.

Menurut Liaw Sun, kemunculan pertama jejaka asal Jakarta di pentas mega sememangnya ditunggu-tunggu sekali gus peminat tegar diminta peluang merebut tempat duduk yang dijual di laman ticketmelon sejak awal Ogos berikutan jumlahnya terhad.

“Jika anda benar-benar peminat setia Nadhif, inilah masanya. Jangan sampai terlepas peluang mendengar secara langsung vokal emas penyanyi itu mengalunkan seleksi yang mendodoikan jiwa,” ujarnya.

Terdahulu, Nadhif mula mencuri perhatian peminat muzik Nusantara selepas debut pada Julai 2022 dengan single Wonder in Time.

Sarat emosi

Momentum kerjaya seninya terus melonjak selepas dipilih sebagai pembuka konsert Tulus dalam siri jelajah Manusia di Makassar.

Beberapa lagu ciptaannya seperti To Be With Me dan Without Me (Sera) turut menjadi siulan, namun karya yang benar-benar melonjakkan popularitinya adalah Penjaga Hati pada 2023.

Sejak itu, Nadhif terus mengukuhkan kedudukan sebagai penyanyi balada pujaan ramai dengan lagu-lagu seperti Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya yang menampilkan keistimewaan vokalnya.

Konsert Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur dijangka menjadi malam sarat emosi dan kehangatan, menggabungkan susunan muzik indah dengan lontaran vokal memukau.

Bagi peminat yang ingin hadir, tiket boleh dibeli menerusi platform ticketmelon, dan pihak penganjur menegaskan jumlah tempat duduk adalah terhad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI