fbpx
Khairy mendedahkan hampir pitam di dasar laut ketika sesi latihan sehari sebelum bersiaran langsung di kedalaman 10 meter (m) bawah paras laut di Pulau Bidong, Terengganu 15 Ogos lalu.

Memang risau sebab hampir pitam, tekanan air tinggi – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Khairy Jamaluddin hampir pitam di dasar laut ketika sesi latihan sehari sebelum bersiaran langsung di kedalaman 10 meter (m) bawah paras laut di Pulau Bidong, Terengganu 15 Ogos lalu.

Menurut Khairy, perkara tersebut dialami susulan topeng menyelam yang dipakainya terlalu ketat sehingga menyukarkannya untuk bernafas.

Meski berdepan detik cemas pada sesi latihan, Khairy bagaimanapun bersyukur kerana tidak melalui perkara sama pada hari siaran langsung selama 30 minit bersama tiga lagi penyampai iaitu AG, Johan dan Fara Fauzana.

“Hari pertama ketika kami ‘test dive’, saya memakai satu topeng menyelam tetapi terlalu ketat pada bahagian dahi dan muka sehingga memberi memberi kesukaran untuk saya bernafas.

“Memang risau sebab hampir pitam dalam air ketika itu ditambah tekanan air terlalu tinggi.

“Pada hari kedua memamg agak risau nak pakai topeng menyelam itu sebab bimbang perkara sama berlaku lagi. Namun, syukur semuanya okey sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis misteri kotak dasar laut: Bekpes Hot bongkar rahsia ‘harta karun’ di sini, hari ini.

Bimbang

Bagaimanapun, proses bersiaran pada hari kedua berjalan lancar walaupun timbul beberapa kebimbangan.

“Antara kerisauan utama ialah faktor cuaca, kerana kami langsung tidak dapat mengawalnya. Jika pada pagi itu berlaku ribut atau arus terlalu kuat, rakaman pasti tergendala.

KJ (tengah kiri) bersama rakan penyampai Hot FM, AG, Fara Fauzana dan Johan.

“Kedua, cabaran daripada diri kami sendiri, walaupun selam skuba nampak mudah, tetapi bila perlu bercakap, berenang, mengikut skrip, semuanya menambah risiko.

“Ketiga, risiko teknikal. Jika isyarat audio gagal dihantar dari dasar laut ke pasukan produksi di atas bot, boleh menjejaskan keseluruhan proses,” katanya lagi.

Pernah menawan Gunung Kinabalu, Sabah tahun lalu, Khairy berharap aktiviti yang dilakukan penyampai Bekpes Hot menjadi inspirasi kepada orang ramai.

“Apabila nampak aktiviti sebegini mendapat respons positif ramai, kami sangat gembira.

“Harap dapat beri motivasi kepada orang lain. Sebelum ini selepas kami daki Gunung Kinabalu, ramai juga nak buat sama juga selam skuba,” jelasnya.

Udara

Dalam pada itu, dia juga memasang hasrat untuk bersiaran langsung di udara namun pada masa akan datang.

“Mungkin nanti kami akan terbang pula dan kami sedang berbincang dengan beberapa rakan strategik untuk jadikan sebagai realiti.

“Paling utama saya perlu memujuk AG, Fara dan Johan sebab aktiviti itu lebih ekstrem dan berisiko berbanding mendaki serta menyelam.

“Jadi, kami akan bincang terlebih dahulu dan umum kalau sudah ada tarikh,” ujarnya.

Pada 15 Ogos lalu, penyampai stesen radio Hot FM kembali melakar kejayaan apabila menakluk laut terbuka dengan bersiaran secara langsung di kedalaman 10 meter bawah paras laut di Pulau Bidong, Terengganu.

Bekfes Hot Skuba yang disertai penyampai pagi, Khairy Jamaluddin atau KJ, Johan, AG dan Fara Fauzana menerima ASEAN Records sebagai Siaran Radio Secara Langsung Yang Pertama Dan Terdalam Disertai Penyampai Di Laut Terbuka.

Sebelum ini Hot FM menerima pengiktirafan (Malaysian Book Of Records) MBOR di bawah kategori melakukan Siaran Radio Terpanjang dan Tanpa Henti di Gunung Kinabalu.

Stesen terbabit melakar sejarah apabila bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu melalui kempen Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu pada November 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI