fbpx
Anwar menerima kunjungan Marles (kiri), hari ini.

Malaysia sambut baik hasrat Australia iktiraf negara Palestin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia menyambut baik hasrat kerajaan Australia untuk mengiktiraf negara Palestin di Sesi Ke-80 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyatakan perkara itu ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles.

“Saya menerima kunjungan hormat Marles sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak tahun 1957.

“Pertemuan ini membuka ruang pertukaran pandangan untuk mempererat kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pertahanan serta keselamatan serantau,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar berkata, Australia turut mengalu-alukan peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN terutama dalam mengendalikan konflik Myanmar, isu gencatan senjata Kemboja-Thailand serta kemasukan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI