KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu suspek dipercayai terlibat dalam pergaduhan hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 5.29 pagi.
“Pihak polis mengesahkan berkenaan kejadian tersebut dan mangsa yang terlibat dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Jelasnya, siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
“Siasatan masih berjalan dan usaha menjejak suspek yang terlibat sedang diteruskan,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung seorang lelaki mengalami kecederaan dibahagian muka ekoran pergaduhan. – KOSMO! ONLINE