fbpx
ELENGGO diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Lelaki berdepan 58 tuduhan tipu diarah jalani pemeriksaan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan bekas kakitangan sebuah sekolah antarabangsa yang berdepan 58 pertuduhan menipu menjalani pemeriksaan psikiatri.

Majistret Mohamad Azlan Basri memerintahkan tertuduh, V Elenggo, 56, dihantar ke hospital bagi tujuan tersebut.

Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Adlin Sufiya Kamaruzzaman bagi mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh sebelum meneruskan prosiding selanjutnya.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi turut memerintahkan Elenggo mendapatkan pengesahan sakit mental dan menetapkan 17 September ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya bekas rakan sekolahnya, T. Chandrarajan, 56, bagi membiayai pelbagai projek fasiliti di sekolah antarabangsa tersebut antaranya kerja pemasangan sistem dan peralatan kemudahan.

Perbuatan itu mendorong ahli perniagaan tersebut menyerahkan wang secara berperingkat berjumlah RM1.3 juta secara dalam talian ke dalam akaun tertuduh bermula Februari hingga Julai 2020.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI