fbpx
Tangkap layar sebatang anak panah terkena pada pintu sebuah kereta di Jalan Macalister, baru-baru ini.

Anak panah tersasar: Latihan memanah ditangguh serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Latihan memanah yang dikendalikan Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Residensi di sini ditangguhkan serta-merta berikutan insiden anak panah tersasar dan mengenai sebuah kereta orang awam di Jalan Macalister, 13 Ogos lalu.

MSN mengesahkan kejadian berkenaan berpunca daripada lepasan anak panah oleh atlet program pembangunan Sukan Malaysia (Sukma) yang menjalani latihan bersama Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang di sekolah tersebut.

Menurut MSN, siasatan mendapati insiden tersebut berlaku disebabkan kegagalan teknikal pada peralatan memanah atlet terbabit sehingga menyebabkan anak panah bergerak melepasi jarak sasaran asal.

”Ia merupakan kemalangan tidak disengajakan, di luar kawalan dan tidak terduga berlaku melepasi zon jarak keselamatan yang ditetapkan selaras dengan piawaian badan induk memanah antarabangsa, World Archery.

”Kejadian ini pertama kali berlaku sejak latihan memanah berprestasi tinggi dijalankan di padang sekolah berkenaan sejak 2009,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun terkejut apabila mendapati keretanya terkena sebatang anak panah ketika melalui Jalan Macalister. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI