JAKARTA – Sekumpulan remaja di Surabaya, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai apabila dirakam saling mengejar sambil menghayunkan sabit, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di kejiranan Tenggumung, daerah Kenjeran kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lovesuroboyo menunjukkan beberapa lelaki cuba menyerang sekumpulan remaja lain yang sedang berkumpul di lorong.
Selepas melihat jumlahnya ramai, mereka bergegas melarikan diri sebelum dikejar oleh kumpulan tersebut.
Beberapa kanak-kanak turut menyertai pertelingkahan itu.
Ketua Perhubungan Awam Polis Pelabuhan Tanjung Perak, Inspektor Pertama Suroto berkata, beberapa remaja yang terlibat dalam rusuhan itu telah ditahan.
“Mereka ditahan malam semalam. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian,” kata Pertama.