fbpx
Anggota bomba ketika mengeluarkan mangsa yang tersepit di KM116, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, hari ini.

Kelindan lori maut tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang kelindan lori maut tersepit di ruangan penumpang dalam kejadian kemalangan di Kilometer 116, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Mangsa maut, Saipol Nizam Aman @ Ahmad, 41, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada anggota badan manakala pemandunya, Nor Azmi Mohd. Yasa, 31, berada dalam keadaan stabil.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.42 pagi.

“Didapati sebuah lori lima tan telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan terdapat dua mangsa di dalam kenderaan terbabit. Pemandu lori selamat tanpa kecederaan manakala kelindan yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas pada pukul 6.45 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI