fbpx
Kor Ming di Dewan Rakyat hari ini. - FOTO Jabatan Penerangan

Kecoh! Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar dihalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suasana Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen, termasuk dari blok kerajaan dan pembangkang membantah pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar 2025.

Bagaimanapun, RUU tersebut tetap dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebaik sahaja selesai sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangun menggunakan peraturan mesyuarat 54 menggesa bacaan kali kedua atau sesi perbahasan minggu depan ditangguh dan RUU itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Kita tahu RUU ini sudah menjadi percakapan awam di luar sana yang begitu hebat. RUU ini tidak dimaklumkan dengan jelas dan diberi kefahaman jelas sehingga menimbulkan kontroversi,” katanya.

Wong Chen (PH-Subang) pada sidang akhbar di luar Dewan Rakyat turut meminta RUU berkenaan ditangguh sementara bagi memberi ruang dan masa secukupnya kepada Ahli Parlimen meneliti secara terperinci seksyen diperuntukkan dalam RUU terbabit.

Pada masa sama, beliau mendakwa bahawa draf RUU berkenaan hanya diberi kepada Ahli Parlimen pagi tadi, sebelum dibentangkan menyebabkan mereka terlibat tidak mempunyai masa mencukupi untuk menelitinya.

Terdahulu, Kor Ming dilaporkan berkata, sebanyak 101 sesi libat urus diadakan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk dua sesi bersama Jawatankuasa Pilihan Parlimen dalam penyediaan RUU berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI