fbpx
IZZUL ISLAM (duduk tiga dari kanan) ceria bersama ibu, nenek serta adik beradiknya setelah dibenarkan pulang ke rumahnya di Taman Universiti, Johor Bahru malam tadi.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Izzul Islam dibenarkan pulang ke rumah malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Selepas lapan hari dirawat di sebuah hospital Pakar Puteri, murid tahun empat yang menjadi mangsa buli, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, akhirnya dibenarkan pulang ke rumah malam tadi.

Izzul Islam yang juga pesakit kanser hidung dimasukkan ke wad pada 12 Ogos lalu selepas dipukul dalam dua insiden berasingan di sekolah agama dan sekolah kebangsaan di Skudai hingga mengalami gegaran otak serta gangguan daya ingatan.

Menurut ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, keadaan anaknya semakin positif apabila kembali ceria dan berselera makan, namun masih dibayangi trauma.

“Dia masih takut ke tandas seorang diri, perlu ditemani sampai ke pintu. Kadang-kadang waktu baring pun rasa seperti dikejar. Itu yang kami risau,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Universiti di sini.

Menurut Siti Suhana, buat masa ini, Izzul Islam diberi cuti sakit hingga 25 Ogos dan akan menjalani pemeriksaan susulan di hospital pada tarikh sama.

“Kami mahu jaminan keselamatan daripada pihak sekolah sebelum benarkan dia kembali. Pihak sekolah, PIBG dan guru akan datang menziarahi untuk berbincang langkah terbaik,”tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI