fbpx
Caprio meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat kanser pankreas. - Wikipedia

Hakim ‘paling baik di dunia’, Frank Caprio meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang hakim yang digelar ‘hakim paling baik di dunia’, Frank Caprio meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat kanser pankreas, lapor portal berita Sky News semalam. 

Caprio berkhidmat di sebuah mahkamah perbandaran di Providence, negeri Rhode Island selama hampir empat dekad. 

Berita itu diumumkan menerusi hantaran di platform Instagram miliknya yang menyatakan bahawa mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser pankreas. 

Caprio digelar ‘hakim paling baik di dunia’ selepas beberapa video tular memaparkan sifat belas kasihan, rendah diri dan keyakinan beliau dalam mengendalikan pelbagai kes di mahkamah. 

Gabenor Rhode Island, Dan McKee menyifatkan beliau sebagai seorang ahli-undang-undang yang dekat dengan rakyat dan simbol empati di mahkamah kerana menunjukkan keadilan ditegakkan dengan sifat kemanusiaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI