LONDON – Chelsea dilaporkan masih berkeyakinan bahawa mereka mampu melengkapkan perpindahan Xavi Simons dan Alejandro Garnacho sebelum jendela perpindahan ditutup awal September ini.
Pasukan rundingan The Blues dilaporkan sudah mengadakan perbincangan bersama wakil kedua-dua pemain berkenaan dan percaya mampu memuktamadkan urusan tersebut dengan membawa pemain berkenaan ke Stamford Bridge.
Chelsea percaya mereka mampu untuk mendapatkan khidmat Simons dan Garnacho selepas memiliki keyakinan apabila dua pemain mereka, Nicolas Jackson dan Christopher Nkunku akan menyertai pasukan baharu.
Urusan untuk mendapatkan Garnacho mungkin lebih mudah buat Chelsea apabila pemain itu tidak lagi diperlukan dan berada dalam perancangan Manchester United, namun ia tidak akan dijual pada harga yang terlalu murah.
Sementara itu, Simons pula menunjukkan keinginan yang berhijrah untuk meninggalkan RB Leipzig apabila membuang rujukan kelab itu di laman Instagramnya, malah dia yang turut diburu Manchester City dan Bayern Munich juga bertegas hanya mahu menyertai Chelsea.
Laporan turut menyebut, Chelsea perlu menyediakan dana yang lebih besar untuk mendapatkan Simons apabila Leipzig meletakkan nilai yang tinggi menyebabkan Chelsea mahu mengikat khidmat Garnacho pada harga yang lebih rendah. – AGENSI