fbpx
ENCISO (kiri) dibeli Chelsea yang mahu meminjamkannya kepada Strasbourg terlebih dahulu musim ini. - AFP

Chelsea beli pemain ke-15 Brighton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurusan Chelsea semakin ghairah ‘memborong’ pemain kelab Brighton selepas perancang tengah, Julio Enciso menjadi tonggak baharu yang bakal berhijrah menyertai The Blues dalam masa terdekat.

Perjanjian tersebut menyaksikan Chelsea telah membawa keseluruhan 15 individu dari Brighton sejak pemilik bersama, Todd Boehly mengambil alih pucuk pimpinan pasukan itu pada 2022.

Menurut laporan, Chelsea bersetuju untuk mendapatkan khidmat Enciso selepas Brighton hanya meletakkan tanda harga sebanyak £16 juta (RM90.8 juta) buat pemain antarabangsa Paraguay itu.

Difahamkan, barisan kejurulatihan The Blues kendalian Enzo Maresca masih belum mahu menggunakan khidmat Enciso pada musim ini, sebaliknya bakal dipinjamkan terus ke kelab Perancis, Strasbourg secara pinjaman.

Enciso sebelum ini dianggap sebagai salah seorang pemain berbakat pasukan The Seagulls selepas berhijrah pada 2022 tetapi gagal menarik minat pengendali, Fabian Hurzeler yang menyebabkannya dipinjamkan ke Ipswich Town musim lalu.

Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama Chelsea dan Brighton melakukan urusan perpindahan dengan beberapa pemain telah ditandatangani antaranya seperti Moises Caicedo, Robert Sanchez, Joao Pedro dan Marc Cucurella.

Selain itu, Chelsea turut memancing bekas pengurus Brighton, Graham Potter untuk menjadi pengendali pasukan pada 2022 selain Paul Winstanley yang kini merupakan pengarah sukan Chelsea – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI