BUKAN isu baru tetapi topik buli meledak dalam sekelip mata selepas kes kematian seorang pelajar, Zara Qairina Mahathir di sebuah sekolah berasrama di Papar, Sabah. Kes tersebut ibarat membuka mata banyak pihak yang sebelum ini memandang remeh isu buli di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Namun, hari ini skop buli itu sudah semakin luas. Bukan sahaja dilakukan secara fizikal tetapi juga menerusi alam maya. Disangka sifat manusia semakin moden mengikut peredaran zaman, tetapi sebaliknya yang berlaku, semakin hilang perikemanusiaan dalam……