KOTA KINABALU – Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail meminta saksi lain tampil membantu siasatan yang sedang berjalan ketika ini.
“Kita mohon saksi yang masih ada, tolonglah keluar. Itulah permintaan khas kami. Setakat ini, memang masih ada yang mahu berjumpa dengan kami.
“Saya secara peribadi telah dapat maklumat, namun itu saya kena tapis. Memang sda beberapa saksi,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini.
Sementara itu, Hamid memaklumkan pasukannya masih menunggu tarikh pendengaran permohonan untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang akan diadakan bermula 3 September depan. – KOSMO! OLINE