fbpx
Tangkap layar kejadian.

[VIDEO] Pajero pusing 10 kali di Kota Bharu cetus tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tular di bandar ini apabila dikejar oleh beberapa unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) polis di secara berpusing-pusing sebanyak 10 kali di kawasan yang sama di Jalan Kebun Sultan di sini semalam.

Menerusi video itu, kelihatan anggota URB dan MPV mengejar SUV jenis Mitsubishi Pajero di kawasan tersebut sehingga mendapat perhatian ramai orang awam.

SUV itu yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat cuba melepasi kawalan polis sehingga terpaksa berpusing-pusing di kawasan yang sama hampir 10 kali.

Bagaimanapun, anggota polis di dalam video itu dilihat tidak dapat menahan SUV berkenaan apabila pemandu kenderaan tersebut bertindak memandu secara melulu dan membahayakan orang ramai.

Punca sebenar kejadian itu masih belum dikenal pasti.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan laporan lanjut akan menyusul. – KOSMO! ONLINE

@alanisdamia kes gapo xtahu ni di kota bharu gege pajero pusing ad 10kali jalan sama bahaya molek ,semoga dipermudah urusan polis semua. #viraltiktok #kotabharu #polis ♬ original sound – Alanis Damia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI