fbpx
DUA penjawat awam direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk siasatan berhubung dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM45,000.

Tuntutan palsu: Guru besar, pembantu tadbir direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang guru besar dan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah di Kamunting direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah RM45,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd. Darus ke atas dua penjawat awam berusia 59 hingga 55 tahun di Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Noor Azreen membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua suspek bermula hari ini hingga Sabtu depan.

Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas kedua-dua suspek mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 28 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.15 pagi sebelum dibawa keluar satu jam kemudian.

Dua wanita itu ditahan antara pukul 4 hingga 5 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya untuk memberi keterangan

Difahamkan, kedua-dua suspek mengemukakan sembilan baucer bayaran yang disyaki mengandungi butir matan palsu berkaitan pembekalan makanan dan minuman berjumlah RM45,000 untuk 13 program sekolah.

Tuntutan palsu itu dilakukan dari tahun 2023 hingga 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI