fbpx
Stokes mencatatkan rekod dunia selepas menaiki 55 roller coaster dalam tempoh seminggu. - Guinness World Records

Seminggu naik 55 ‘roller coaster’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang lelaki dari Britain menempa nama dalam Guinness World Records selepas menaiki 55 ‘roller coaster’ dalam tempoh satu minggu, lapor agensi berita United Press International. 

Dean Stokes, 36, mencatatkan rekod dunia untuk kategori ‘roller coaster’ paling banyak dinaiki dalam seminggu. 

Stokes diberi pengiktirafan apabila dia melepasi sasaran yang ditetapkan oleh organisasi tersebut dengan menaiki 33 ‘roller coaster’. 

Percubaan itu bermula di Brighton Palace Pier pada 2 Ogos lalu dan berakhir di Taman Thorpe, daerah Surrey. 

Stokes pada asalnya mahu menaiki lebih 60 ‘roller coaster’ tetapi gagal akibat cuaca buruk, menyebabkan beberapa taman tema ditutup tanpa dijangka. 

“Saya gemar mencari taman tema baharu dan menikmati suasana daripada tema, muzik sehingga ‘roller coaster’ itu sendiri,” kata Stokes kepada Guinness World Records. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI