fbpx
Rumah Ping terletak di tengah sebuah lebuh raya di wilayah Jianxi, China. - Oddity Central

Pemilik rumah tengah lebuh raya akhirnya pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pemilik rumah akhirnya berpindah dari kediamannya yang terletak di tengah sebuah lebuh raya di wilayah Jianxi selepas tidak tahan dengan bunyi bising kenderaan lalu-lalang, lapor laman berita Oddity Central. 

Huang Ping yang merupakan pemilik rumah digelar Eye of Jinxi itu sebelum ini tular kerana enggan berpindah meskipun ditawarkan pampasan sebanyak 1.6 juta yuan (RM942,000) oleh pemerintah. 

Ping tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan iaitu menerima keseluruhan pampasan secara ansuran. 

Keputusannya yang enggan berganjak itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan nekad membina lebuh raya di sekeliling rumahnya. 

Selepas beberapa bulan, Ping dan keluarganya akhirnya terpaksa berpindah kerana tidak tahan dengan bunyi bising serta getaran berterusan selepas lebuh raya itu dibuka kepada pengguna pada April lalu. 

Mereka dilaporkan memilih untuk menyewa sebuah rumah di bandar berhampiran. 

Walaupun ‘rumah paku’ itu akhirnya dirobohkan, Ping hanya menerima sebahagian daripada pampasan yang ditawarkan sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI