fbpx
Tangkap layar sebuah kereta Mazda merempuh sebuah motosikal sebelum memecut laju di Jalan Hamilton/ Jalan Van Praagh, George Town.

Pemandu Mazda tular langgar lari motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis menerima laporan daripada pemandu kereta Mazda yang tular kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Hamilton/Jalan Van Praagh di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya mengesan satu video yang tular di media sosial sejak semalam.

Katanya, dalam kejadian pukul 5.26 petang itu, kereta Mazda dipandu lelaki berusia 22 tahun tersebut dipercayai memotong kereta berwarna merah secara berbahaya sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 53 tahun cedera di tangan dan kaki kanan serta kepala, manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 38 saat memaparkan sebuah kereta Mazda berwarna putih cuba memotong kereta di hadapannya lalu melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI