fbpx
Anwar bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Perhimpunan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Anwar terima nota bantahan UMNO, Tengku Zafrul sertai PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada UMNO yang menyatakan bantahan terhadap bekas ahlinya menyertai parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Nota itu muncul susulan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang juga bekas ahli UMNO mengumumkan penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap permohonan keahliannya.

Perdana Menteri berkata, beliau akan membuat semakan status surat itu dengan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

“Surat itu sudah lama (diterima). Saya kena semak dengan Setiausaha Agung,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Tiga hari lalu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu telah menerima nota bantahan UMNO dan mesyuarat jawatankuasa pusat PKR akan membincangkan perkara itu pada akhir bulan ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan turut mengesahkan Setiausaha Agung PKR telah menerima dan memanjangkan surat itu kepada pimpinan parti.

Pada 13 Ogos lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu akan menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan yang sedang mempertimbangkan, atau sudah membenarkan, bekas ahli UMNO masuk ke dalam parti mereka.

Asyraf kemudian berkata bahawa nota bantahan itu mewakili ‘amaran keras’ kepada komponen Kerajaan Perpaduan yang lain, memberi amaran bahawa hubungan dalam gabungan boleh menjadi rumit jika perkara itu tidak ditangani dengan sewajarnya.

Sebelum ini, Fuziah mengesahkan bahawa Tengku Zafrul telah diterima sebagai ahli PKR dan parti itu telah meluluskan permohonan keahlian bekas ahli UMNO itu semasa mesyuarat jawatankuasa pimpinan pusat pada 26 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI