fbpx
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi prosiding pendakwaan lima remaja membabitkan kes Allahyarham Zara Qairina. Foto oleh IVAN AMIRUL

Lima remaja mengaku tidak bersalah mencela Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Lima remaja didakwa membabitkan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad ketika ditemui di luar mahkamah berkata pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

“Tiada pengakuan salah dan 25 September ini tarikh sebutan semula.

“Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan pertuduhan, kelima-lima tertuduh mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina pada 15 Julai 2025, pukul 10 hingga 11 malam.

Bagaimanapun, hanya perkara itu yang boleh didedahkan, manakala perkara lain berkaitan prosiding tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan dikeluarkan mahkamah.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memutuskan untuk menuduh lima suspek yang dipercayai terlibat dalam kes buli.

AGC menegaskan keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli itu dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berlangsung bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI