fbpx
LEWANDOWSKI membuat keputusan kekal di Camp Nou untuk memburu gelaran UCL biarpun menerima tawaran lumayan dari kelab Arab Saudi. - AFP

Lewandowski ikrar kekal di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Penyerang sensasi Barcelona, Robert Lewandowski menolak tawaran lumayan untuk berhijrah ke Liga Pro Arab Saudi kerana mahu kekal bersaing secara kompetitif dalam saingan berprestij di Eropah.

Ejen peribadi Lewandowski, Pini Zahavi mendedahkan pemain antarabangas Poland itu telah mendapat tawaran sebanyak €100 juta semusim (RM492 juta) daripada salah satu kelab berpengaruh Arab Saudi.

“Pada jendela perpindahan musim lalu, Lewandowski telah menerima tawaran lumayan yang menawarkan gaji RM492 juta setahun. Namun, dia memilih untuk kekal kerana mahu menjuarai Liga-Juara-Juara (UCL).

“Lewandowski turut percaya dirinya masih ada kualiti untuk bersaing di peringkat tertinggi selain selesa untuk kekal di Eropah.

“Malah, dia juga melihat lambakan pemain asing di Arab Saudi ketika ini agak keterlaluan kerana liga di sana masih ada kuota import yang boleh diturunkan di atas padang dalam satu-satu masa,” katanya.

Lewandowski yang berusia 37 tahun telah membentuk gandingan ampuh di jentera serangan bersama Raphinha dan Lamine Yamal untuk memastikan Barcelona meraih tiga trofi domestik pada musim lalu.

Bekas pemain Bayern Munich itu masih memiliki kontrak bersama The Catalans sehingga penghujung musim ini dan dijangka berhijrah secara percuma pada tahun depan jika tidak mendapat tawaran kontrak baharu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI