fbpx
Pegawai JPJ memeriksa sebuah kereta jenis Lamborghini yang disita di Pejabat JPJ Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Lamborghini tauke kosmetik tanpa cukai jalan, insurans disita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sikap ambil mudah segelintir pemilik kenderaan mewah memandu tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans membawa padah apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di  Terengganu sejak awal bulan.

Sebanyak lapan buah kenderaan mewah disita sepanjang tempoh itu termasuk sebuah Lamborghini dipercayai milik pengusaha produk kosmetik.

Kenderaan mewah itu ditahan pasukan penguat kuasa JPJ di Jalan Kamaruddin di sini pada pukul 11.35 pagi semalam.

Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, selain supercar tersebut, antara kenderaan mewah lain yang disita dalam operasi sama ialah Nissan Fairlady, Toyota Vellfire, BMW 523i, Land Cruiser Prado, Lexus NX300 dan Mercedes-Benz.

“Kesemua kenderaan itu didapati tidak memiliki cukai jalan dan insurans yang bertentangan dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sepanjang pelaksanaan Ops Luxury di Terengganu, sebanyak 90 kenderaan mewah diperiksa,” katanya di sini hari ini.

Zamri berkata, selain lapan notis sitaan, JPJ turut mengeluarkan 13 kompaun kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

JPJ turut mengesan masing-masing dua kesalahan iaitu tiada lesen memandu dan tamat tempoh serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (tiga kes). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN