PETALING JAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, seramai 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Peperiksaan itu terdahulu telah dilaksanakan di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.
“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2025 bermula 21 hingga 27 Ogos 2025, pukul 10 pagi sehingga 6 petang.
“Ia boleh dilakukan menerusi semakan dalam talian menerusi laman sesawang myresultspmu.moe.gov.my.
“Alternatif lain, gunakan sistem pesanan ringkas dengan menaip SPMU diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran kemudian dihantar ke 15888,” kata kenyataan itu.
KPM turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025. – KOSMO! ONLINE