fbpx
Tangkap layar harga e-hailing mencecah ribuan ringgit seperti harga tiket kapal terbang.

‘Harga e-hailing cecah ribuan, macam naik kapal terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harga e-hailing macam tiket kapal terbang, mencecah ribuan ringgit hanya untuk ke destinasi sejauh 10 kilometer.

Itu keluhan dialami seorang pengguna e-hailing apabila dia mahu menempah kemudahan pengangkutan tersebut, namun harga ditawarkan tidak masuk akal.

Menerusi hantaran pengguna Thread dikenali sebagai Husnaaaa, dia mahu menempah kenderaan e-hailing itu dalam kawasan Petaling Jaya dan ditawarkan harga RM1,518 untuk harga ‘standard’, RM1,517 bagi harga ‘saver’, manakala RM2,504 untuk harga ‘standard’ bagi kenderaan enam penumpang.

Wanita itu juga pernah ditawarkan harga e-hailing mencecah RM508.30 untuk harga ‘standard’, RM838.30 bagi harga ‘standard’ kenderaan enam penumpang, manakala RM507.30 untuk harga ‘saver’.

“Ni untuk pergi haji balik hari ke ni? Harga macam ni?,” katanya kecewa dengan perkhidmatan berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas dan ada pengguna lain turut mengalami masalah yang sama.

“Sama problem (masalah),” kata pengguna Thread Farahblehbleh yang dikenakan harga kira-kira RM1,000 untuk ke destinasi di dalam Petaling Jaya.

“Kawan saya pun kena. Dari Kota Warisan ke KLIA,” kata Najwaizwan yang menunjukkan tangkap layar harga RM1,531 untuk ke destinasi berkenaan.

“Tak tahu macam mana mereka buat harga. Sangat tak masuk akal,” komen Izzatikhld. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN