PETALING JAYA – Jenama perabot tempatan, Fella Design melancarkan Koleksi Rumah Ladang yang telah lama ditunggu-tunggu di bilik pameran mereka di Jalan Tebrau, Johor Bahru yang baharu diubah suai baru-baru ini.
Diinspirasikan oleh nostalgia masa lalu, koleksi tersebut mengambil nilai tradisional yang ditafsirkan semula melalui lensa moden.
Dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Classic Cottage, Rustic Farmhouse dan Modern Farmhouse, setiap konsep disusun rapi dengan pengalaman Fella Design hampir 40 tahun dalam upholsteri.
Ketua Pegawai Eksekutif Fella Group, Yu Kong Cing berkata, langkah pengubahsuaian tersebut lebih daripada penampilan luaran, sebaliknya ia mencerminkan komitmen syarikat kepada pelanggannya di Johor.
“Dengan Koleksi Rumah Ladang, kami komited untuk mencipta kediaman yang terasa mesra, berkekalan dan unik.
“Kami teruja untuk menyambut kehadiran pelanggan di bilik pameran Johor Bahru kami yang baharu diubah suai dan mengalami pengalaman koleksi ini sendiri secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Fella Design mencapai tahun ke-40 operasi pada Mac 2026, satu peristiwa penting buat syarikat.
Mencapai kejayaan yang luar biasa pada tahun 80-an dan 90-an melalui set sofa yang boleh disesuaikan buat pasaran massa, jenama itu terus mencari laluannya dalam pasaran perabot runcit yang dinamik hari ini. – KOSMO! ONLINE