fbpx
KGANGGATHARAN (kiri) dan Karunakaran dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini kerana melakukan peras ugut ke atas seorang lelaki sebanyak RM3,000. Foto BAZLAN IBRAHIM

Dua beradik ‘pau’ lelaki RM3,000 didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan peras ugut terhadap seorang mangsa sebanyak RM3,000, pada September, dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, K. Karunakaran, 26, serta abangnya, K. Kgangatharan, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama telah melakukan pemerasan dan mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki berusia 30 tahun dengan meminta mangsa menyerahkan wang tunai RM3,000.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah pusat snooker di Jalan Kenari 19, Bandar Putra Kulai, Kulai, pada pukul 12.30 tengah malam, 17 September 2023.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fazal Lisam Abidin meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut adalah kesalahan tidak boleh jamin.

Peguam mewakili kedua-dua tertuduh, Nur Afiqah Hambali bagaimanapun meminta mahkamah menggunakan budi bicara dengan membenarkan jaminan.

Ahmad Kamal Arifin kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh dibenarkan jamin sebanyak RM7,000 masing-masing dengan seorang penjamin warga tempatan.

Beliau turut menetapkan dua syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah selain perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM Johor Bahru dan menetapkan tarikh 18 September untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI