fbpx
TIGA lelaki bermain badminton di atas jalan raya. - Foto Tangkap Layar/VnEXpress

Disaman kerana main badminton atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Tiga lelaki di Bandar Raya Ho Chi Minh disaman kerana memasang jaring badminton merentangi jalan di sebuah kawasan perumahan sehingga menghalang lalu lintas, lapor laman berita VnExpress semalam.

Polis di Ward Binh Trung yang dahulunya sebahagian daripada Bandar Thu Duc, mengeluarkan saman semalam terhadap ketiga-tiga lelaki tersebut.

Mereka didenda sebanyak 225,000 dong (RM36) atas kesalahan bermain badminton secara haram di atas jalan raya.

Kejadian itu terbongkar selepas seorang pemandu kereta merakam video kumpulan tersebut yang menghalang jalan raya di kawasan perumahan Van Minh serta melaporkannya kepada pihak berkuasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI