fbpx
Adly ketika di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JABATAN PENERANGAN

Dewan Rakyat: Sistem penggiliran anggota di sempadan akan ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sistem penggiliran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di sempadan negara akan ditambah baik bagi memastikan keberkesanan operasi serta menjaga integriti pasukan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, isu integriti dalam kalangan anggota tentera adalah perkara serius dan kementerian tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku.

Malah, katanya penggunaan teknologi pengawasan seperti dron dan rondaan bersama juga akan terus diperkasakan di sempadan negara.

“Penambahan aset teknologi seperti penggunaan dron (UAV), sensor dan kamera pengawasan, aspek integriti anggota turut diberi penekanan. Kita tegas dalam apa-apa isu yang terkait integriti anggota kita, sebab itu penggiliran kita lakukan.

“Kita ada proses penggiliran, tapi dalam masa yang sama kita juga akan pastikan bahawa model penggiliran itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa kerana kita tahu sistem penggiliran di tempat dan masa tertentu ada model penggiliran kita,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berhubung penggunaan teknologi pengawasan dan rondaan bersama,

Menurut beliau, anggota yang ditempatkan dalam operasi mempunyai tempoh tertentu bergantung kepada lokasi dan keperluan. Justeru, penilaian semula tempoh serta model penggiliran penting bagi memastikan keberkesanan operasi serta mengurangkan risiko salah guna kuasa.

Sebelum ini, akhbar melaporkan lima individu termasuk pegawai dan anggota tentera ditahan di sekitar Lembah Klang dalam operasi khas SPRM kerana dipercayai membocorkan maklumat kepada sindiket penyeludupan di perairan Selat Melaka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI