fbpx
Chandrasegaran selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Bekas guru swasta didakwa aibkan Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang bekas guru sekolah swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengaibkan Perdana Menteri menerusi hantaran di aplikasi TikTok, tahun lalu.

Tertuduh, S. Chandrasegaran, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norazlin Othman

“Minta dibicarakan,” kata tertuduh.

Chandrasegaran didakwa telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu iaitu menerusi aplikasi TikTok miliknya yang dilihat dan dengar di sebuah restoran di Bandar Sunway kira-kira pukul 6.30 petang, 30 Disember tahun lalu.

Penghantaran komunikasi itu adalah “kau ni sebenarya bukannya banduan terhormat, bekas banduam terhormat kau ni sebenarnya badut terhormat untuk parti politik DAP dan untuk Kerajaan Madani ini yang betul” dengan niat menganiaya orang lain.

Bapa kepada dua anak melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(I)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 kepada tertuduh dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam Muhammad Nor Tamrin bagaimanapun dalam mitigasinya menegaskan jumlah cadangan jaminan itu agak keterlaluan dan memohon ikat jamin yang berpatutan serta berperikemanusian.

“Anak guam saya sebelum ini bekerja sebagai guru namun ketika ini tidak lagi bekerja selepas disahkan hilang upaya kekal dan menghidap kanser tekak.

“Disebabkan kondisisi terkini tertuduh, dia tidak lagi mempunyai pendapatan yang tetap. Anak guam saya mempunyai isteri dan dua anak serta bermastautin di Puchong,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pendakwaan. Sebutan semula kes pada 13 Oktober depan.

Kosmo! semalam melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mendakwa empat individu berhubung kenyataan yang didakwa menggugat ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI