fbpx
SEORANG wanita memakai baju yang menyokong kebebasan kanak-kanak Venezuela dalam satu protes di Caracas, Sabtu lalu. - Foto AFP

AS dituduh ‘culik’ 66 kanak-kanak Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CARACAS – Kerajaan Venezuela mendakwa bahawa 66 kanak-kanak negara itu ditahan secara haram di Amerika Syarikat (AS) selepas mereka dipisahkan daripada ibu bapa masing-masing ketika proses pengusiran imigran.

Caracas menuntut agar kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh dihantar pulang.

“Kami (mendapati) terdapat 66 kanak-kanak diculik di AS. Angka ini semakin meningkat setiap hari, satu dasar yang kejam dan tidak berperikemanusiaan,” kata Presiden Program Kerajaan Kembali Ke Tanah Air, Camila Fabri yang menyokong kepulangan sukarela rakyat yang meninggalkan negara itu.

Beliau bercakap dalam satu perhimpunan di mana sekumpulan wanita membacakan surat yang ditujukan kepada Wanita Pertama AS, Melania Trump.

Mereka memohon beliau campur tangan bagi pihak kanak-kanak tersebut yang menurut mereka, telah ditempatkan di rumah jagaan.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), lebih 7.7 juta rakyat Venezuela telah meninggalkan AS sejak 2014, penghijrahan terbesar dalam sejarah moden Amerika.

UNHCR menyalahkan keganasan berleluasa, inflasi, peperangan kumpulan, kadar jenayah yang meningkat tinggi dan kekurangan makanan, ubat serta perkhidmatan asas sebagai punca penghijrahan itu berlaku.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Venezuela di AS diberikan status perlindungan imigran sementara yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di sana untuk tempoh tertentu.

Namun, pentadbiran Presiden Donald Trump telah menarik balik perlindungan itu sebagai sebahagian daripada kempen agresifnya untuk mengusir berjuta-juta pendatang tanpa dokumen dari AS.

Sehingga kini, 21 kanak-kanak terkandas telah dihantar pulang ke Venezuela. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI