fbpx
WEI CHONG dan Kai Wun juga dijangka berdepan pasangan No. 1 dunia dari Korea Selatan sekiranya mereka berjaya meneruskan saingan di Kejuaraan Dunia.

Analisis video jadi sandaran Herry Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANALISIS rakaman video menjadi ‘senjata’ utama ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi dalam merangka strategi menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Perancis, minggu depan.

Menurut jurulatih kelahiran Indonesia itu, kaedah tersebut bukan sekadar untuk meneliti corak permainan lawan, tetapi juga untuk membolehkan pemain memahami secara terperinci strategi yang perlu diaplikasikan serta kesilapan yang perlu dielakkan ketika di dalam gelanggang.

Katanya, setiap lawan yang bakal dihadapi akan dianalisis secara mendalam dengan tumpuan diberikan kepada perlawanan mereka telah tempuhi dalam tempoh tiga hingga empat bulan terkini bagi memastikan data yang diperoleh kekal relevan.

“Biasanya saya menggunakan video analisis dan berbincang dengan pemain untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan lawan serta di mana kelemahan kita yang perlu diperbaiki.

“Dari situ, kita akan merangka strategi untuk menghadapi lawan yang bakal mereka tempuhi setiap peringkat perlawanan,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Herry turut mendedahkan antara analisis video dibuat terutama menerusi pemain ranking No. 7 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ketika menentang pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho di Terbuka Jepun, bulan lalu.

“Kita baru selesai analisis kekalahan mereka, di mana kita tengok set pertama mereka tewas macam mana dan set kedua mereka menang macam mana.

“Jadi, pemain akan diingatkan semula, kalau mahu menang, corak permainan perlu lebih baik. Ini adalah salah satu kegunaan utama video analisis video yang kami lakukan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI