fbpx
Adam Radlan

Adam Radlan lepas, bebas tuduhan rasuah projek Jana Wibawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju menawarkan kompaun RM4.1 juta kepada Adam Radlan berdasarkan representasi yang dikemukakan tertuduh.

Farah Yasmin berkata, terdapat perkembangan dalam kes itu di mana ada tawaran dibuat untuk tertuduh membayar kompaun di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Tertuduh dalam kes ini sudah membuat pembayaran kompaun sebanyak RM4.1 juta pada Isnin lalu, ” katanya pada sebutan kes berhubung startus representasi itu hari ini.

Sebelum ini, Adam Radlan, 44, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan rasuah dan tujuh pengubahan wang haram di Mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Bagi lima pertuduhan rasuah, Adam Radlan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Bagi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, ahli perniagaan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI