fbpx
DEEROMRAM

ACC: Selangor yakin mampu saingi Buriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMILIKI lima pemain yang pernah beraksi di Liga Thailand memberi kelebihan buat Selangor FC untuk membentuk perancangan lebih baik bagi menghadapi juara Thailand, Buriram United pada aksi pertama Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Buriram, malam ini.

Selain Willian Lira, Alvin Fortes serta dua bekas pemain kebangsaan Gajah Perang, Kevin Deeromram dan Picha Autra, Gergasi Merah kali ini juga turut diperkuatkan oleh mantan pemain skuad Thunder Castle, Chrigor Moraes.

Deeromram sebelum ini pernah menyatakan tiada apa yang memberikan kelebihan ketara buat kelab Thailand kerana liga di kedua-dua negara adalah hampir sama daripada aspek kualiti dan tahap kompetitif.

“Liga M agak bagus dan ia hampir sama dengan di Thailand dimana pertandingan ini turut membabitkan pemain berkualiti. Untuk saya sendiri, kami antara pemain sentiasa bercakap dan membantu antara satu sama lain,” katanya.

Selepas mengharungi tiga perlawanan rasmi musim ini, Gergasi Merah sudah pun melepaskan empat gol, tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Sumbangsih dan melepaskan satu gol ketika saingan 16 terbaik Piala FA menentang Malaysian University.

Secara realistik, fokus utama yang bakal diberikan pengendali pasukan, Katsuhito Kinoshi seakan lebih menjurus kepada memperkukuhan barisan pertahanan memandangkan Buriram United yang hadir selaku juara bertahan ACC sudah terbukti memiliki kualiti.

“Kami mencari setiap kelemahan dan kesilapan yang ada dalam pasukan kerana semua ini adalah sebahagian daripada bola sepak. Jadi, kami sebagai satu pasukan, ruang akan tetap ada untuk membuat penambahbaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI