fbpx
Jengkaut digunakan sepanjang operasi bersepadu di Jalan PJU 1A/46, Lembah Subang hari ini. Foto IHSAN MBPJ

62 binaan tanpa kebenaran diroboh MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 62 unit binaan tanpa kebenaran dirobohkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu operasi bersepadu di Jalan PJU 1A/46, Lembah Subang hari ini.

Menurut kenyataan MBPJ di Facebook, peniaga yang terkesan akibat perobohan itu telah disediakan tapak baharu di Lot 80979 melibatkan kawasan pasar pagi dan pasar malam sedia ada.

Katanya, operasi yang diketuai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon itu membabitkan seramai 120 anggota warga kerja MBPJ daripada pelbagai jabatan.

“Ia termasuk Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

“Bagi memastikan kelancaran tindakan, operasi turut disertai beberapa agensi luar antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad, Air Selangor, Prasarana Malaysia Berhad, KDEB Waste Management, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Selangor dan Putrajaya,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, pihak majlis telah mengeluarkan notis peringatan dan perobohan lebih awal selaras dengan prosedur ditetapkan serta memberikan tempoh munasabah kepada pemilik untuk meroboh atau mengalihkan struktur secara sendiri.

Justeru itu, MBPJ menegaskan orang awam perlu mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi mengelak tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana pihak yang membina struktur haram di atas tanah rezab awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN