fbpx
Kebakaran tercetus daripada pelanggaran bas dengan lori. - X

50 maut bas bawa migran Afghanistan bertembung lori 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KABUL – Lebih 50 orang terbunuh di barat Afghanistan lewat semalam apabila sebuah bas yang membawa migran pulang dari Iran bertembung dengan sebuah lori dan motosikal, kata polis tempatan dan seorang pegawai wilayah.

Polis di wilayah Herat berkata, kemalangan itu berpunca daripada ‘kelajuan dan kecuaian berlebihan’ bas tersebut di luar bandar Herat, daerah Guzara.

Jurucakap Gabenor wilayah, Mohammad Yousuf Saeedi berkata, bas itu membawa warga Afghanistan yang baru-baru ini pulang dari Iran dan dalam perjalanan ke ibu kota, Kabul.

“Semua penumpang ialah mingran yang menaiki kenderaan itu di Islam Qala,” kata Yousuf merujuk kepada titik lintasan sempadan.

Polis di daerah Guzara berkata, bas itu mula bertembung dengan motosikal sebelum melanggar lori yang membawa minyak sekali gus mencetuskan kebakaran.

“Tiga penumpang bas terselamat,” kata polis sambil menambah, dua orang yang menaiki lori dan dua lagi menaiki motosikal adalah antara yang maut.

Gelombang besar rakyat Afghanistan kembali dari Iran dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas Tehran memulakan kempen tekanan untuk memaksa berjuta-juta pendatang keluar dari negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI