fbpx
Saifuddin pada Sambutan Hari Kebangsaan di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

24,863 permohonan pendaftaran berjaya diselesaikan JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,633 program MEKAR telah dilaksanakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat 31 Julai lalu dengan kira-kira 24,863 permohonan berjaya diuruskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain menguruskan permohonan kad pengenalan, sebanyak 20,792 khidmat nasihat telah direkodkan semasa program MEKAR diadakan.

Bagi program MEKAR DIDIK, katanya, JPN telah berjaya menyelesaikan 12,101 masalah keciciran dokumentasi bagi kanak-kanak berusia 12 tahun setakat Jun lalu.

“MEKAR DIDIK adalah program khusus bagi anak-anak yang di usia persekolahan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atas pelbagai sebab.

“Saya gembira untuk memaklumkan bahawa sasaran 12,101, yang kami diberi nama (pelajar keciciran dokumen) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) telah berjaya dibantu,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat KDN serta Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Sementara itu, bagi program MEKAR Diaspora pula, Saifuddin berkata, pihak JPN akan berada di Melbourne, Australia dari 14 hingga 28 September ini diikuti London dari 5 hingga 17 Oktober depan bagi membantu rakyat Malaysia di luar negara yang berdepan kesulitan mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata, dua peraturan JPN telah ditambah baik di bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) antaranya mempercepatkan proses permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran di bawah umur 5 tahun yang lahir di fasiliti kesihatan kerajaan daripada tiga bulan kepada 30 hari.

“Selain itu, proses pengeluaran cabutan atau salinan Sijil Daftar Kelahiran di Luar Negara (Borang H) daripada 52 hari ke tujuh hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI